Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera. Hihi. Lama sungguh blog ini tak diupdate. Hari ni barulah ada kesempatan. Tujuan medical check-up ini sebab saya nak sambung belajar di UiTM. Hihihi. Orang selalu kata "Rajin pula nak sambung belajar". "Tak nak kerja dulu ke?". "Kahwin lambat nanti kang". Sekarang ini, siapa yang tentukan, orang sekeliling kita ke? Semuanya bermula dari hati kita sendiri.....
Medical Check-up
Saya nak cerita pengalaman pertama kali saya melakukan medical check-up di Klinik Kesihatan Cheras, Jalan Yaacob Latiff. Apa yang saya boleh simpulkan, staf-staf di sana boleh dikatakan mesra kepada pelanggan. Sebaik tiba di lobi, saya telah beratur untuk mengambil nombor giliran. Kemudian, saya menunggu untuk dipanggil bagi membuat pembayaran. Tapi memandangkan saya merupakan penderma darah yang aktif (dengan hanya menunjukkan buku penderma), jadi bayaran perkhidmatan saya adalah PERCUMA. (hooray!!) Hihihi. :)
ramai sungguh yang menunggu giliran...almaklum tak ada temujanji :)) |
Seterusnya, saya ke bahagian Klinik Pesakit Luar dan menunggu giliran. Nombor saya dipanggil untuk masuk ke Bilik 4 (untuk yang tidak mempunyai temujanji aka appointment). Jadi JM (jururawat masayarakat) periksa denyutan nadi, tekanan darah, tinggi, berat). Beliau juga memberikan saya kertas untuk Makmal Patologi dan Bahagian Pengimejan Diagnostik memandangkan medical checkup saya kena ada X-Ray juga. Hihi. Saya memilih untuk ke Unit Patologi dahulu memandangkan saya nak pi toilet dari tadi, na. Haha. Wuu. Tak lama pun untuk tunggu hasil ujian urine tu.
kat bahagian ini si isteri ditemani oleh si suami..huhu..macam ramai ibu mengandung je kat sini..hahaha |
Selesai di X-Ray, saya kembali ke Klinik Pesakit Luar. Terus masuk ke Bilik 4. JM menyuruh saya keluar selepas mendapat hasil ujian dari makmal. Jadi, saya pun menunggu giliran di luar sekejap.
Tidak lama kemudian nombor saya dipanggil untuk masuk ke Bilik 3. Di sana ada seorang Dr yang menulis segala butiran. Hehe. Maka selesailah proses medical check-up aka pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Cheras.
Ambank. oh... Ambank
Selepas Zohor, saya ke Menara Ambank Jalan Yap Kwan Seng memandangkan kakak saya nak re-finance pinjaman kereta dia dari konvensional ke islamik. Paling menakutkan di menara tu, tempat parking dia. SERIUS. Takutttttttttttttt. Ok, nak tau kenapa. Cuba ke sana dan park. :p
1 budak comel:
Sy baru je buat med checkup di klinik kesihatan Cheras, servis n layanan mmg best n cepat. Walaupun posting ni thn 2013, tp thn 2017 still the same. Good job all staffs KK Cheras. Btw thanks sis for sharing this info coz I tahu psal KK Cheras dari blog u. ;)
Post a Comment