Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca yang budiman. Hihi. Post yang dah terlambat beberapa hari ini, tapi okey la kan dari tak post langsung. Ni ceq nak habaq kat hang pa (oops, sorry najib guna bahasa Utara sikit, na :p). Hari Ahad lepas, saya cuma menemani adik saya ke Jalan TAR. Tapi terbelilah sikit. Ala, setakat anak tudung ninja tak ada masalah kan? Hihihi. Nak dijadikan cerita saya didatangi seorang wanita yang mengajak saya untuk menjawab survey. Mula-mula macam agak cuak la, katanya kalau saya ke pejabat dia nanti dapat RM40. Wuu.. Tak ke takut apatah lagi saya tinggal kat Kota Metropolitan ini (takut kena culik ke apa, hahahaha). Tapi, setelah diyakinkan dan saya sendiri berasa yakin, maka saya gagahkan diri untuk mengikut Puan itu. Hehe.
Ha, ni cerita sampingan. Seorang pekerja sedang melakukan pembersihan berhampiran Jalan Masjid India pada hari Ahad. Demi mencari nafkah buat keluarga, panas dan hujan tidak menjadi penghalang. Mengapa kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiran dan mengaku berpelajaran (aka educated), tak terfikir yang sampah seharusnya dibuang dalam tong. Bukan di dalam longkang mahupun di tepi jalan.
0 budak comel:
Post a Comment