Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman. Hihi. Tengok tajuk pun dah tau kan post ini pasal apa. Oklah, hari ini pertama kali saya menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu. Biasanya hari bekerja saya ke sana. Mula-mula masuk perkarangan PDN, saya tunjuk buku penderma dekat pak guard. Macam biasa, dia mestilah bagi masuk tanpa soal. Cewah, rasa macam VIP kalau ke PDN ini. Maklumlah kita bersama dengan orang-orang yang berfikiran yang sama. "Membantu golongan yang memerlukan" :p Eh, masuk kat lobi tu nampak ada orang derma darah kat lobi tu. Saya fikir, "hmm...dahsyat ye ada derma kat luar ini."
Selepas mengisi borang, timbang berat badan dan periksa hemoglobin..baru saya tahu kenapa mereka semua tu derma di luar. Itu pun saya tahu masa saya nak periksa tekanan darah. Orang yang derma whole blood memang derma kat luar. Kat bilik dalam tu untuk orang yang derma 'apheresis' je. Begitu rupanya. Jadi nasib saya sama dengan orang yang kat luar tu gak. HAHA. Untuk pengetahun pembaca, orang yang derma 'whole blood' boleh menderma 3 bulan sekali. Manakala yang 'apheresis' tu 2 minggu sekali. Cuma ada syarat tambahan untuk menjadi penderma 'apheresis', iaitu berat badan kena melebihi 55kg. Er, saya rasa terima kasih je la. Saya rela menjadi penderma 'whole blood' seumur hidup dari jadi penderma 'apheresis'. Hehe. :p
Darah saya memenuhi 350ml ini dalam masa hanya 5 minit. Masuk MBOR tak ek? :P |
0 budak comel:
Post a Comment