Assalamualaikum dan salam sejahtera. Helo bloggers. Hari ini, berkuranglah usia saya...sob sob. Tapi Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup di muka bumi ini. :) Pada hari ini, ada beberapa doa saya dan saya berdoa semoga Allah memakbulkannya.
- Semoga Muchlisah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapa selama mereka hidup.
- Semoga Muchlisah berjaya di dunia dan di akhirat serta diredhai Allah.
- Semoga Muchlisah dapat mencari pekerjaan sebaik sahaja selesai belajar nanti.
- Semoga Muchlisah mendapat jodoh yang baik dan kekal hingga ke akhir hayat.
- Semoga Muchlisah kahwin pada
tahun hadapan. Amin. (oops. tapi kena ada yang melamar dulu pula..sob sob) - Semoga Muchlisah dapat berbakti kepada agama dan membantu orang yang di dalam kesusahan.
- Semoga Muchlisah dapat mengamalkan amar makruf nahi mungkar.
P/s: Sengaja saya menggunakan nama saya sendiri daripada menggunakan perkataan 'saya'.
0 budak comel:
Post a Comment