Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, kami akhirnya telah menghantar kucing yang kami gelar datuk (kucing tu dah tua dan banyak luka) ke Pandan Indah. Semuanya sebab dia 'perkosa' kucing yang kami gelar "bing-bing". Harap-harap dia tak tahu jalan pulang. Huhu. :p
Gambar Hiasan: Nampak emo kan kucing ni? |
Oklah. Bercakap tentang bahagia. Memang ianya subjektif. Semua orang pun inginkan kebahagiaan. Tapi, bukan mudah untuk mengecapi kebahagiaan. Sebagai contoh...Masa kecil dulu, saya seorang kanak-kanak yang pandai. Entah kenapa tiba-tiba jadi pemalas. Begitulah manusia, boleh berubah. Bukan selamanya bahagia. Ada turun-naik dan pasang-surut juga dalam kehidupan saya. Kalau pandai tapi tak menggunakan kepandaian sepenuhnya juga tak guna, kan? Hmm..Oh ya. Ada orang kata, CINTA=BAHAGIA? Mungkin. Tapi tak semua orang bahagia kerana cinta. Ada juga yang merana kerana C.I.N.T.A (sing: d'Bagindas)..Ally Iskandar sebagai contoh. Pernah bercinta, putus cinta..Kemudian pernah juga bertunang, putus tunang. Akhirnya pada 20.01.2012 yang lalu telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis yang lebih dikenali sebagai Farah Lee. Iya, itulah CINTA. Lebih manis kerana ianya "BerCINTA selepas kahwin". Bertuah Ally dan Farah. :-) Saya pula? Hmmm.. Masih mengharapkan sinar bintang *
0 budak comel:
Post a Comment