Salam readers. Hari Selasa (iaitu semalam), tiba-tiba saya menerima bungkusan Pos Laju. Tak sangka pula. Mak saya bila tengok ada bungkusan dari Pos Laju tu, ingatkan saya ada beli barang secara online lagi. Haha. Nampak sangat hobi beli online. Tapi, nasib baik bukan saya yang beli. Apa pun, sebaik melihat bungkusan itu saya dah tau apa isinya. Coklat. Ya, itulah coklat. Kenapa saya tau? Sebab saya pernah terima bungkusan dari penghantar itu "Mama Chocolicious". Untuk baca post sebelumnya, sila klik di sini. Kemudian saya teringat yang beberapa hari sebelum itu, kawan baik saya (Farah) ada minta alamat rumah saya. So, dari situ saya dapat agak yang Farah bagi coklat tu. Lagipun, nombor telefon untuk penerima tu ialah nombor Farah. LOL. Dia silap bagi lah tu. Hihi. THANKS FARAH for the chocolate. Comel Oh. Sebab chocolate tu ada dalam kotak dan yang menariknya, penutup dan kotak itu sendiri boleh dimakan. Dalam erti kata lain, ianya ada coklat sepenuhnya. Hihihi. Kalau ikutkan, sayang nak makan rasanya.....
Coklat di dalam, coklat di luar, coklat di atas. RAJA segala coklat! ^^, |
2 budak comel:
Thank you so much Lisa..sebab selalu ada untuk aku susah & senang.. Love u soo much...^_^
thanks farah. i lebiu more. he2 :p
Post a Comment