Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, iaitu pada pukul 10.06 malam tadi pertama kali saya menelefon nombor kecemasan iaitu 999. Tujuannya hanya satu, cuma ingin membantu mangsa yang tersepit(atau terperosok) bawah lori tangki Shell. Er. Ngeri tak? Masa saya lalu ditempat kejadian, peristiwa itu memang baru lagi berlaku. Mangsa iaitu pembonceng motorsikal itu berada betul-betul di antara tayar lori tangki Shell itu. Alkisahnya kami dalam perjalanan pulang ke rumah setelah makan malam di Restoran Haji Sharin Low Bangi. Sebaik melalui Minlon di Lebuhraya Besraya, tiba-tiba kami nampak ada berderet kereta di lorong tengah. Jalan masa tu menanjak sedikit. Kami pula berada di lorong paling laju. Er...nampak ada beberapa buah kereta menyalakan lampu kecemasan. Ingatkan lori tangki tu rosak ke. Rupa-rupanya, ada mayat. Ya, seorang lelaki India sedang berada di bawah lori tangki tersebut. Dan dia dah mati rasanya.
Sebaik pulang ke rumah, akak saya yang menaiki kereta lain pula menceritakan serba sedikit apa yang dia lihat. Yang pasti, lelaki India tu kepala dia dah pecah sebenarnya. Helmet yang dipakai dah terlepas. Hmm.. Oh ya, berbalik kepada tindakan yang saya lakukan setelah melihat kejadian tersebut.... Mula-mula saya terfikir, "eh, nak telefon 999 ke?". Lepas tu saya rasa, "entah-entah ada yang dah call 999". Tapi, mujurlah saya teringat masa dulu saya pernah lihat di TV. Biasanya selepas melihat sesuatu kemalangan, kemungkinan seseorang itu berada dalam keadaan SHOCK adalah sangat tinggi. Ya, ini bermaksud berkemungkinan besar mereka tidak akan terlintas untuk menelefon nombor kecemasan 999. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya rasa tindakan saya itu sekurang-kurangnya telah membantu biarpun mungkin mangsa sudah pun mati di tempat kejadian. Menelefon 999 pada waktu kecemasan adalah SANGAT wajar. Pengalaman menelefon 999 boleh dikira sangat berharga. Selepas bercakap dengan operator, saya telah disambungkan dengan BOMBA. Tak lama kemudian pihak POLIS dan akhirnya HOSPITAL Serdang. Pandu Cermat, Jiwa Selamat..Ingatlah orang yang tersayang. :-)
0 budak comel:
Post a Comment