Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman (skema sikit, tak pe kan?). Pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas saya telah mengikuti seminar penulisan resume dan interview anjuran Yayasan Bank Rakyat di KPTM bangunan baru (LOL). Penceramahnya mahu dikenali sebagai Uncle Ed (panjang kisah kenapa namanya 'Ed'). Apa yang boleh saya kongsi di sini, apa yang perlu anda pakai ketika menghadiri temuduga dari kaca mata korporat.
cara salam pun kena betul..hihi..tapi kalau bukan mahram, kena nyatakan pendirian kita. huhu |
Untuk menghadiri interview a.k.a temuduga:
*Sila bawa organizer dan pen yang nampak mahal (bukan jenis plastik) untuk merekodkan apa-apa maklumat penting, misalnya soalan dari penemuduga.
Bagi Lelaki:
- Memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher.
- Panjang seluar mestilah melebihi buku lali.
- Kasut berwarna hitam gelap tinggi 1 inci dan mesti jenis bertali, bukan jenis 'slip-on'
- Stokin dan kasut hendaklah mengikut warna seluar.
- Jika memakai kot/blazer, pastikan BUTANG terakhir jangan digunakan (nampak macam robot)
- Pakai kemeja yang berwarna gelap seperti hitam, navy dan grey. Kalau plain pun boleh, tapi jangan warna striking.
- Jika bertudung, jangan pakai tudung yang berwarna-warni dan brooch jangan terlalu besar.
- Pakai cotton pants dan masa gosok, biar ada garis kat depan.
- Pakai long skirt juga boleh.
- Imej korporat bagi perempuan, digalakkan memakai semua hitam.
- Pakai stoking warna hampir sama warna kulit.
- Kasut bertutup tinggi 1 inci dan jangan jenis kilat (sebaiknya pakai leather shoe).
- Jangan pakai gelang, HANYA pakai 1 cincin dan juga jam tangan yang tidak begitu besar.
- Kalau boleh bawa document bag yang jenis buka dari atas. Kalau bawa handbag, pastikan warna beg tangan dan document bag adalah senada (sama).
- Eh, baju kurung tak boleh ke? BOLEH, tapi kena pakai warna plain dan biasanya untuk interview dengan kerajaan yang kita pakai baju kurung. Hehe. Jadi. kena study dulu syarikat kita nak pergi tu punya culture macam mana. Jangan TERJAH je.
Gaya duduk juga amat penting, jangan duduk macam ini, CONFIRM ditolak. |
Selamat menghadiri temuduga. Ketahuilah bahawa 30 minit pertama adalah sangat penting!
0 budak comel:
Post a Comment