Salam bloggers. Pagi tadi mula-mula saya dikejutkan oleh bunyi van dari perkhidmatan ekspress City-Link. Kebetulan masa tu saya sedang memasak. Nasib baik saya kebetulan sedang jenguk ke ruang tamu kalau tak mungkin tak perasan. Rupanya penghantaran barang untuk ayah saya. Oh ya, sebenarnya masa tu saya sedang dalam proses untuk masak kek carrot. Bercakap pasal kek carrot. Saya masak kek carrot sebab saya lihat di peti sejuk ada carrot. Takut rosak kalau tak dimasak. Dulu saya ada resepi kek carrot tu. Tapi memandangkan dah hilang entah ke mana, jadi saya pun masuk je bahan mengikut daya ingatan saya. Yang kelakarnya, bila dah siap adun sampai ke tepung gandum, tiba-tiba saya teringat "rasanya telur patut letak 2 biji, bukan 1 biji." Kemudian, saya pun tambah telur lagi walaupun adunan sepatutnya dah tak diganggu lagi. Alhamdulillah sebab menjadi juga kek carrot saya tu. Tamat kisah kek Carrot. Lepas tu, pada hari ini juga. Masa saya tengah masak tomyam tiba-tiba ada pula pos laju datang kat depan rumah. Terpaksalah capai tudung mana yang terdekat dan keluar ambil parcel yang dihantar. Dia sebut, "Muchlisah ke?". So, saya mengiakan je lah. Terkejut juga la dapat parcel apa kan. Terfikir juga, saya ada ke join mana-mana giveaway contest. Tak pun, ada ke saya beli online? Ish. Pelik. Pelik. Maka bermulalah penyiasatan saya.
Selepas menyusun huruf-huruf di atas coklat tersebut, saya akhirnya menemukan jawapan siapa yang hantar coklat ini. Tulisan dia, "Happy New Year Much". Kalau nak tempah coklat tersebut, anda boleh lakukannya dengan melawat blog Mama Chocolicious.
Farewell My Blog
1 year ago
6 budak comel:
BEST NYE MUCEEE SAPE BG TUUUU =) HEHE
CHECK ENTRI MANTAP NI :
# TGK WAYANG BERSAMA NUFFNANG, SEASON OF THE WITCH #
# MAXIS OM NOM NOM RACE#
# ANALITIK NUFFNANG & ALEXA SILAMPUNEON MENCANAK
# DURIAN D24 PALING SEDAP DI DUNIA #
haha..ala..malu lak..mula2 mmg kte agak awk, farah..tp sbb awk teka nama tu..so,kte ckpla awk ni daus..ahaha..ktorg kwn biasa je..lama da xjmp..mn kte tau die nk atr coklat ni..haha..rezeki jgn ditolak..LOL
Post a Comment