Saturday, January 7, 2012

Pos Laju Lambat?

Salam bloggers. Sepatutnya saya terima parcel dari Pos Laju hari Jumaat (6 Januari atau paling lambat pun 7 Januari la). Sebab saya kan ada beli baju secara online dari Modish Mode House. Dan orang tu pula tinggal di Kajang (sebab dia hantar dari Kajang). Saya assume owner tu hantar pada 5 Januari petang la. So, maybe the next day baru diproses. Tapi kan, menurut firasat saya ianya akan dihantar pada hari Isnin ni la! Huhu. Kan kita boleh nak track parcel Pos Laju secara online, dan pada saat ini status mengatakan ianya belum tiba di tempat processing lagi. Sob sob. T___T 


Konsep pos laju macam ini:

  • Item diambil dari penghantar
  • Item dispatch keluar dari stesyen asal
  • Item tiba di pusat pemprosesan
  • Courier akan membuat percubaan penghantaran
  • Item diserahkan dengan jayanya @ penerima kena collect dari Pos Laju Center
Sekarang saya kena husnuzon (bersangka baik). Mungkin banyak sangat penghantaran dari Pos Laju Kajang, sampai tak sempat dia layan parcel saya tu. Atau tayar trak tu pancit masa diorang tengah hantar. Ok, wassalam.

P/s: Bukan kah Kajang dan Cheras tu dekat? :p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails