Wednesday, January 4, 2012

Renovate Rumah Pun Susah

Salam bloggers. Siapa-siapa yang duduk di kawasan yang ada majlis perbandaran, mestilah ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Misalnya kalau nak renovate rumah. Siapa kata senang je nak renovate rumah? Kalau setakat cari kontraktor, memang mudah. Ada duit, semua boleh jalan. TAPI, sebelum itu ada perkara yang lebih mustahak kita lakukan. 

Apa yang anda perlu lakukan sebelum renovate rumah (bahagian atas)?

  • Mendapatkan kelulusan dari majlis perbandaran. Kena ada lukisan pelan dari pelukis pelan bertauliah dan ianya mesti diluluskan oleh pihak majlis (contoh: MPAJ)
  • Sebelum itu, anda mesti menyediakan salinan S&P (sales & purchase), cukai tanah, cukai pintu (yang telah dibayar), CF (kalau tak de, dapatkan surat akuan bersumpah), gambar rumah (sebelum renovate), borang jiran, dan lain-lain. Jangan ingat harganya murah sebab kos semua ini mencecah RM3000 (termasuk lukis pelan oleh pelukis pelan dan juga tong besi tempat sampah tu).
  • Tapi, kalau nak tanggung risiko, boehlah beli pelan standard yang dijual di sana (dijual dengan harga RM30 kalau untuk MPAJ). Cuma, kalau tiba-tiba ada pihak majlis buat round kat kawasan rumah dan anda tidak bernasib baik, KEMUNGKINAN besar anda akan dikompaun. Hehe. Sebab, pelan standard tu hanya meliputi renovasi rumah bahagian porch.
  • Proses ini mengambil masa 2 minggu, tapi kalau kita beli pelan standard tu, masa yang diambil lebih kurang 1 minggu je. 
Susah kan, banyak kerenah. Siapa kata, ada duit semua boleh jalan? Atas faktor-faktor keselamatan, banyak yang perlu kita lalui.........huhu.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails