Wednesday, April 20, 2011

Senyum, tak perlu kata apa-apa! :)

Salam readers. Anda suka senyum? Bukan senyum tersengih macam kerang busuk. Tetapi senyum dan membalas senyuman orang lain. Kalau jawapannya, ya. Maka anda bukanlah golongan yang saya sasarkan untuk membaca enri ini. Alkisahnya, saya ada mengenali seseoran perempuan ini yang nak senyum sangatlah susah. Rasanya sudah 2 tahun lebih saya mengenali perempuan ini. Bila terjumpa dia ini dan saya senyum, dia langsung tak senyum. Bukan saya sahaja yang mempunyai pengalaman begitu. Tetapi rakan saya yang lain juga. Entah apa masalah perempuan itu, saya pun tak tahu. Huhu. Sampai dia pernah satu tahap bertanya rakan saya, "eh, kau ini apsal asyik senyum je?". Bagi saya, orang yang tak senyum tu orang yang kedekut malahan sombong. Eh, ke dia ini orang yang tak ada perasaan. Hmm.....Wallahua'lam.


Antara bait lirik lagu Senyum by Malique ft Najwa =)

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails