Saturday, April 23, 2011

OMG! Ada Orang Langgar Kereta. Apa Reaksi Anda?

Salam readers. Entri ini saya tulis memandangkan ada satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi. Waktu itu saya baru selesai makan dan kebetulan nasi goreng ayam yg saya makan tak habis, jadi saya ingat nak derma kat kucing jalanan. Maka, saya pun keluar dari rumah dan sebelum saya keluar dari pagar saya lihat ada sebuah kereta Myvi di depan rumah jiran saya. Ah! Tunggu la kereta ni gerak dulu, baru lempar2 nasi kat luar. Itulah yang terdetik di hati saya ketika itu. Tidak lama kemudian, tiba-tiba kelihatan ada lampu yang menandakan kereta itu baru mahu reverse. Maka saya menyorokkan diri sekejap. Dalam beberapa saat, tiba-tiba saya terdengar bunyi benda dilanggar.

OMG! Habis kereta kakak saya yg Dr tu kena langgar. Cuba bayangkan, ada scratch yang sangat jelas kelihatan di sebelah kiri bahagian belakang. Pemandu itu seorang lelaki cina dan dia dengan segera keluar dari keretanya. "Sorry tak perasan dari side mirror". Begitulah katanya. Lelaki berkenaan minta phone number untuk contact. Tapi saya kata, dulu kakak saya ada pengalaman dilanggar dan kereta tu dah bagi phone number tipu. Siot je, kan? Jadi, lelaki cina itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan memberikan business cardnya. Saya ada tips untuk dikongsi jika KERETA ANDA DILANGGAR. Ini cuma boleh dipraktikkan kalau anda rasa kereta anda dilanggar oleh orang yang TERlanggar. Kalau yang sengaja langgar dengan tujuan lain, lain cerita. TIPSnya seperti berikut: Kalau boleh lihat IC pemandu berkenaan. Catatkan nama, no K/P dan juga alamat. Kemudian, minta phone number dia. Kalau nak lebih selamat, suruh dia missed call. Sebab takut dia menipu nombor. Kemudian, catatkan no plat kenderaan berkenaan. Dengan adanya semua maklumat berkenaan, tipis kemungkinan orang itu nak menipu. Berbalik kepada kisah dilanggar tadi. Nak dipendekkan cerita, setelah bersemuka dengan kakak saya, lelaki berkenaan telah berjanji untuk bertemu kakak saya esok untuk settle kan masalah ini. Apa kesudahannya? Tunggu esok...

P/s: Kakak saya sempat kata pada saya, nasib baik SAGA..kalau hari tu beli HONDA ke....

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails