Dr Sheikh bercerita mengenai pengalaman beliau ketika di angkasa lepas seperti apa yang dilakukannya sepanjang 12 hari berada di sana. Sedikit sebanyak yang saya boleh kongsi, kalau makanan, hanya makanan yang tidak akan berterabur boleh dibawa masuk ke kapal angkasa. Jadi, nasi memang tak boleh la. Dr Sheikh memberitahu bahawa beliau makan nasi beriani dimana ianya didalam paket berbentuk seperti kanji. Hari pertama beliau berada di angkasa lepas, beliau terlupa untuk tidur didalam beg tidur (ada zip semua), jadi apabila bangun, beliau dapati beliau sedang berada diawangan dalam kapal angkasa. Kira-kira pukul 11 pagi, beliau bersedia untuk mengundurkan diri. Tetapi memandangkan ramai orang yang nak bergambar dengan beliau dan mendapatkan autograf, maka beliau tidak terus pulang. Baik, kan? Memang susah bila dah jadi public figure ini. Kehidupan kita sentiasa dikelilingi dan diperhatikan. P/s: Kadang-kadang terfikir apa perasaan Dr Harlina bila ramai sangat perempuan minat suaminya. Hihi. ;))







0 budak comel:
Post a Comment