Tuesday, April 26, 2011

Nak Tanya Lain, Tapi Tanya Lain. Eh, Pelik!


Salam readers. Petang tadi saya dan rakan-rakan (qila, ina dan lina) telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Memang seronoklah pergi tengok buku-buku yang dijual, memandangkan memang buku yang dijual adalah dengan harga promosi. Memang sesak ketika kami mahu menunaikan solat Zohor di sana. Satu perkara yang saya tak suka tentang toilet di PWTC adalah kerana toiletnya jenis duduk dan airnya pula yang jenis pancut tu. Huh. Jadi, saya dan lina telah mengambil kesempatan untuk mencari toilet di The Mall biarpun kena bayar. Huhu. Selepas ke toilet, kami mula mencari surau di sana. Tapi sebelum itu saya telah bertanya dengan penjaga pintu masuk toilet.

Saya: Nak tanya lah, toilet ada tak?
Penjaga T: (sedikit terkejut ekspresi mukanya)
Saya: Eh, silap. Maksud saya, ada tak surau kat sini?
Penjaga T: Ada di tingkat 3.
Saya: Ok, terima kasih.

Agak malulah di situ sebab tersilap tanya. Dahlah saya tanya depan toilet pula tu. Haha. Ok, gambar belum ada sebab belum dapat dari Ina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails