Monday, May 2, 2011

AirAsia dah mahal dah!

Salam readers. Pernah dengar nama AirAsia ini kan? Inilah penerbangan tambang murah pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Pada mulanya, syarikat ini dibeli dengan harga RM1 tetapi mempunyai hutang yang banyak. Maksudnya, walaupun syarikat ini dibeli dengan harga RM1, tetapi pembelinya terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. Berkat dengan usaha dan kerjasama dari semua pekerja akhirnya AirAsia berjaya menembusi banyak negara dan dikenali ramai. Masihkah anda ingat dulu AirAsia pernah mengenakan surcaj bahan api? Penumpang terpaksa membayar duit minyak sendiri. Tapi tidak lama kemudian surcaj bahan api dihapuskan, tetapi penumpang AirAsia masih terpaksa membayar yuran Administrasi. Tidak berapa lama kemudian, AirAsia telah juga menghapuskan yuran Administrasi. Jadi beban duit tambang penerbangan tidak lagi menjadi igauan mimpi ngeri penumpangan AirAsia. Hehe. Kini, setelah beberapa tahun AirAsia akan mengenakan semula tambang surcaj. Huhu. BERMULA 3 MEI 2011. Jadi, AirAsia sudah tidak murah lagi. Hehe. Ok, bye. Kat Teluk Intan ni. :p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails