Monday, March 7, 2011

cinta lombok [part II]

Salam bloggers....and readers ;p Hihi. Entri ini saya buat kerana mak dan ayah saya sedang mencari-cari penerbangan ke Lombok. Ada perkahwinan saudara bulan Mei nanti. Oh ya pagi tadi di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O ada cerita tentang cinta Lombok sekali lagi. Ceritanya, remaja yang berusia 14 tahun ketika itu telah ikut melarikan diri bersama kekasihnya ke Lombok dan berkahwin di sana. Entah mengapa jejaka Lombok masih menjadi ikutan gadis Melayu..eh maksudnya anak remaja? Hoho. Remaja itu yang merupakan anak bongsu dari lapan adik beradik telah meninggalkan keluarganya dan juga ayahnya (ibunya telah meninggal dunia). Yang kesiannya, selepas 3 bulan baru dia hubungi keluarganya. Macam tak patut la, kan? Kesian keluarga risau. Sekarang saya tak pasti status dia dengan suaminya. Berani juga dia menjadi pendatang asing tanpa izin (tiada permit sah aka pasport) ke negara orang lain. Semata-mata kerana CINTA? Hmm. Tapi syukurlah dia telah pulang ke pangkuan keluarga dan kini telah mempunyai seorang anak yang berusia 7 bulan. Adakah dia akan pulang sekali lagi ke Lombok? Wallahua'lam.

P/s: Ikuti kisah cinta lombok part I di sini.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails