Tuesday, March 8, 2011

durian, buah yang sedap tapi ada juga yang benci...


Salam readers. Pernah makan durian tak? Apa? Alah dengan durian ke. Kesian. Kalau tanya saya, durian sedap ke tak. Jawapan saya tentulah durian sedap. :) Kata orang, durian merupakan raja buah. Tahukah anda antara kebaikan durian? Menurut sumber yang saya perolehi. Durian mengandungi banyak karbohidrat, lemak dan protein. Bukan itu sahaja, zat-zat lain seperti serat, kalsium, magnesium, zinc dan besi juga ada di dalamnya. Oleh sebab kalorinya yang tinggi, buah durian dikatakan bersifat panas sehingga pesakit diabetes atau perempuan yang sedang hamil sangat tidak digalakkan makan durian. 100 gram durian mengandungi 147 Kcal. Seseorang yang makan 1 kg durian ertinya dia telah makan sebanyak 1 470 Kcal, iaitu jumlah yang mencukupi untuk hidangan satu hari. (Bukan untuk satu hidangan ye, kawan-kawan). Jadi walaupun durian itu sedap tapi kita tidak digalakkan untuk mengambil dalam kuantiti yang banyak. :p

P/s: Teringat saya dengan anak sepupu saya yang langsung tak mahu makan durian, walaupun ayah dia tawarkan duit Rp1juta=sekitar RM350. :))

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails