Wednesday, January 6, 2010

cinta lombok

Hari ini di rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang bersiar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 11.30pagi hingga 1 petang memaparkan isu "Cinta Lombok". Tetamu yang dibawa, seorang Profesor (ATMA, UKM), ibu bapa seorang perempuan yang telah lari ke Lombok, Indonesia (berkahwin di sana dan mempunyai anak), seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki Lombok (tetapi menetap di Malaysia) serta seorang kaunselor. Kisahnya, anak pasangan berkenaan telah lari mengikut seorang lelaki Lombok pada tahun 2007. Hingga kini belum pulang ke tanah air, tetapi dalam proses untuk mendapatkan pasport. Dalam perbualan telefon secara langsung di WHI, anak pasangan berkenaan kata dia "senang hati berada di Lombok kerana dapat makan (entah kenapa makanan pula yang menggembirakan hati dia) dan dia juga beritahu yang suaminya tidak mempunyai pekerjaan. Yang menanggung kehidupan mereka ialah bapa mertuanya". Sebelum itu, bapa kepada anak yang lari ke Lombok itu mengatakan anaknya ada juga menelefon ke rumah meminta wang dan sehingga ke hari ini jumlah wang yang bapanya hantar ke sana sebanyak RM6000. Kasihan juga bapa dia tu. Bekerja sebagai orang gaji (kalau tak silap). Berapa sangatlah yang dia dapat sebulan. Menurut Profesor jemputan (beliau sendiri mempunyai pengalaman ke Lombok), beliau mendapati lelaki di Lombok berbudi bahasa dan hormat orang tua. Mungkin itu adalah salah satu faktor mengapa gadis Melayu terpikat dengan lelaki Lombok. Pegangan agama mereka juga baik dan mereka tidak akan sesekali mengapa-apakan anak gadis orang begitu sahaja. Mengapa lelaki Lombok melarikan anak gadis orang? Menurut sumber, dengan berbuat demikian mereka akan dianggap pahlawan di kampung mereka. Haha. No wonder. Tapi, jangan ingat semua lelaki Lombok seperti itu. Ada juga yang mengikut adat orang sini malah menetap di sini seperti seorang jemputan WHI yang berpengalaman sebegitu dan kini telah 17 tahun berkahwin dengan lelaki Lombok. Kaunselor berpendapat, anak-anak gadis Melayu lari ke Lombok mengikut kekasih dan berkahwin ke sana mungkin atas faktor lelaki berkenaan memberi kasih sayang yang mungkin didambakan oleh si anak gadis berkenaan. Maklumlah, anak muda yang berjiwa remaja juga mempunyai perubahan dari segi perasaan apabila meningkat dewasa.
Mungkin orang kata cinta itu buta. Tetapi, kita jangan lupa siapa yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan kemudiannya menyusukan kita serta membesarkan kita sehingga kita dewasa. Jasa ibu dan ayah tidak dapat kita balas sampai bila-bila. Jadi, jangan sesekali kita membelakangkan mereka kerana cinta.

Nota kaki: Masa tengok WHI tadi mak saya kata dia sayangkan saya. Hehe. Saya tau, mak mana tak sayang anak. Mama jangan risau, saya takkan kahwin lari ke Lombok. Insya-Allah. >,<


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails