Sunday, February 13, 2011

PERHATIAN! Kalau Tong Gas Anda Sudah Habis, Jangan Terus Beli Yang Baru!

Salam bloggers. Masih ingat kisah tong gas yang diterbalikkan saya pernah cerita? kalau tak ingat klik di sini ;) Alhamdulillah hingga ke hari ini (selepas 16 hari berlalu), tong gas berkenaan masih mengeluarkan gas. Berasa takjub? Hehe. Rupa-rupanya, petua ini telah ayah saya dengar lebih 20 tahun yang lalu. Tetapi baru dipraktikkan hujung tahun yang lalu. *rugi-rugi* Hehe. So, kamu dah cuba belum terbalikkan tong gas yang dah habis gas? Pelik kan bila tong gas yang sepatutnya dah habis, tapi tiba-tiba ada gas balik. Tapi, sebenarnya mudah sahaja kalau kita fikir secara logik. Gas kan bukan ada di atas sahaja. Jadi, bila kita tegakkan tong gas, tentu ada gas yang terkumpul di bawah. Sebab tu masih ada gas yang tersisa. Ada faham? :D

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails