Salam bloggers. Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Maulidur Rasul. Pada hari yang sama ini iaitu bersamaan 12 Rabiul Awal tahun 571M, telah lahir seorang Rasul iaitu Rasul yang terakhir. Setiap tahun kita menyambutnya terutama di Malaysia. Tetapi, adakah kita betul-betuk menghayati pengorbanan nabi kita? Satu perkara lagi, tahukah anda nabi juga wafat pada tarikh yang sama? Iaitu 12 Rabiul Awal tahun 11 H. Sebelum baginda Rasulullah wafat, baginda tetap mengingati umatnya yang iaitu generasi yang tidak pernah bersua muka dengan baginda. Begitulah kasihnya Rasulullah kepada kita. Kasihkah kita pada baginda Rasulullah? Hmm..Semoga kita mencontohi akhlak terpuji junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad SAW. Jangan bila bab nak berkahwin lebih dari satu, bukan main kata sunnah Nabi. Tapi, bab Solat semua langsung tak ikut. Wallahua'lam~
Farewell My Blog
1 year ago
0 budak comel:
Post a Comment