Salam bloggers. Hari Rabu yang lepas bersamaan 9 Februari 2011, kira-kira jam 12pagi, jiran saya (Ustaz Abdullah) telah pulang ke rahmatullah. Pemergian beliau tidak saya duga sama sekali. Malahan, ketika kakak dan ibu saya mengesahkan kematian beliau, mereka berkali-kali memeriksa menggunakan stetoskop dan juga melihat ke anak mata arwah. Maklumlah, benda ini jadi pada jiran terdekat. T__T Alhamdulillah ramai yang datang sebaik mendengar arwah telah meninggal dunia. Hmm..Tetapi kehidupan perlu diteruskan kerana sesungguhnya mati itu adalah pasti. Selepas melihat beberapa peristiwa orang dimandikan, dikapankan, dimandikan dan juga dikuburkan, sedikit sebanyak ia telah menyedarkan saya. Hidup kita memang singkat malah kita langsung tidak akan tahu bila kita akan pergi buat selamanya untuk menemui Pencipta kita, iaitu Allah.
Wasiatku..andai ku pergi dulu...
Jika saya pergi nanti, tolong uruskan jenazahku secepat mungkin..
Jangan biarkan saya berada di tengah khalayak tanpa dimandikan terlebih dahulu..
Jangan biarkan saya keseorangan berada di ruang masjid selepas saya dimandikan..
Jangan biarkan diri saya yang telah diwudukkan, batal wuduknya..
JANGAN lupa untuk kuburkan secepat mungkin..
dan TOLONG jangan ratapi pemergian saya..
kerana saya hanyalah dipinjamkan buat sementara waktu..
tapi satu hal yang saya minta....
TOLONG jangan pernah lupakan saya, kerana saya tidak pernah melupakan kalian....
TOLONG halalkan makan minum saya..
andai ada kesilapan lalu yang mungkin saya lakukan terhadap kalian...
saya mohon agar TOLONG maafkan kesalahan saya itu....
dan yang paling penting, andai saya terlupa saya berhutang dengan kalian, tolong halalkan..
atau tuntut dengan keluarga saya....
kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya hinggalah diselesaikan hutang tersebut"....
Yang benar,
Muchlisah MY
Posted in:
0 budak comel:
Post a Comment