Monday, February 7, 2011

Derma Darah Lagi ;)

Salam bloggers. Memandangkan saya sudah lama tidak menulis entri yang baru, maka hari ini saya akan menceritakan hal-hal yang terjadi pada hari Sabtu dan Ahad. Ceritanya, pada hari Sabtu yang lepas saya telah pergi ke Shah Alam. Tujuan utama ialah untuk menukar saiz baju T-shirt yang telah saya pesan secara online. Pihak yang bersalah ialah gerangan yang memasukkan T-shirt berkenaan ke dalam bungkusan pos laju. Huhu. Hari Rabu yang lepas saya telah menelefon LC Merchandising dan pihak LC mengakui mereka telah membuat kesilapan. Kata pihak yang mengangkat telefon, saya hantar je baju tu via pos atau terus ke kedai mereka. Jadi saya pun bercadang nak pergi terus ke kedai. Memandangkan hari Khamis dan Jumaat merupakan cuti umum (Tahun Baru Cina), jadi saya bercadang untuk ke sana pada hari Sabtu. Hmm. Bila saya tanya, kata cik tersebut, kedai akan dibuka pada hari Sabtu.


Shah Alam
Maka saya telah mengajak kakak saya untuk ke Shah Alam. Alhamdulillah kakak no 1 saya bersetuju memandangkan dia pun nak mencari seluar kerja di sana. Hoho. Nak dijadikan cerita, punyalah susah cari seksyen 13 (lokasi LC Merchandising). Ambil masa 1 jam keliling satu Shah Alam. Nak pakai GPS, entah kenapa GPS Way Way kakak no 2 saya lambat respond. Akhirnya bila dah sampai Giant Seksyen 13, baru GPS tu dapat detect alamat LC tu. Maka kami pun memulakan perjalanan dan sebaik tiba disana......KECEWA. Kedai tutup. Huhu. Sepulangnya, dari Seksyen 13 kami singgah ke SACC Mall dan juga Plaza Alam Sentral.

Usai solat Zohor di sana, kami pulang menuju ke Jusco Maluri. Ahaha. Gila shopping, tak ingat dunia! LOL. Akhirnya, kami tiba di rumah pukul 5.30 petang. Oh ya, bercakap tentang Jusco. Saya perasan kalau ada blood donation drive di sana. Tetapi masa saya sampai, mereka dah tak benarkan orang derma lagi. Saya bertekad untuk pergi sekali lagi ke Jusco pada hari Ahad.


Jusco Maluri
Mula-mula saya dan kakak no 1 saya bercadang untuk ke Jusco pada pagi Ahad. Tapi memandangkan agak kemalasan pada pagi hari, maka kami ke sana sebaik sahaja makan tengah hari dan solat Zohor. Hoho. Kami tiba di Jusco pada pukul 4 petang. Selepas melalui beberapa prosedur seperti mengisi borang, menimbang berat badan, menguji darah dan tekanan darah, akhirnya tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu menderma darah. Macam biasa, saya memilih untuk menderma darah menggunakan tangan kiri. Hoho. Sebenarnya dulu saya biasanya menderma menggunakan tangan kanan. Tapi selepas peristiwa darah berhenti separuh jalan saya menderma, maka saya tidak lagi menggunakan tangan kanan sebagai medium untuk menderma darah. ;p Bercakap tentang menderma darah ini. Semalam saya begitu teruja untuk menderma darah, hinggakan saya boleh nak "skip" satu kaunter (pendaftaran). Sebaik menguji tekanan darah, saya terus membawa buku derma darah saya ke arah katil-katil yang sedang menanti saya. Hoho. Then, ada staf yang bertugas kata, "eh, daftar dulu la!". Haha. Ok, saya malu di situ. =.="

2 budak comel:

hehe.. aku pn dh lama gila tak derma darah ni :) best!!!!!!

This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails