Salam bloggers. Hari ini saya masih rasa kurang sihat. Mungkin cuaca juga mempengaruhi. Huhu. Apa pun, anda semua mesti ada terdengar kisah demonstrasi besar-besaran penduduk Mesir. Kalau tak pernah dengar, ertinya mungkin anda tidak mempunyai television mahupun radio. Hihi. Tujuan utama demonstrasi kerana rakyat mahukan Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden. Sebenarnya demonstrasi itu bukannya tidak teruk, malahan sangat teruk kerana ada beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku, seperti banduan terlepas dari penjara, kecurian dan paling dahsyat ialah dengar khabar ada juga yang dirogol. Wallahua'lam. Teruk, kan? Baru sekejap tadi saya lihat di berita, Hosni Mubarak dikatakan tidak akan bertanding pada pilihan Presiden bulan September nanti. Cuba kira sekarang ini bulan berapa? Ertinya, ada lagi 7 bulan. Hmm. Berapa lama lagi rakyat Mesir terpaksa hidup di bawah pemerintahan seorang diktator? 30 tahun telah berlalu... Banyak perkara boleh berlaku dalam masa 7 bulan. Bercakap mengenai tanggungjawab sosial, tadi dalam berita ada mengatakan yang pesawat MAS (Malaysia Airlines) dan juga AirAsia akan membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air. Sebelum itu, rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dibawa dengan menggunakan pesawat TUDM. *To be continued......sleepy rite now*
Farewell My Blog
1 year ago
0 budak comel:
Post a Comment