Salam bloggers. Hari ini saya nak share ilmu yang saya dapat sepanjang hari Ahad yang lalu. Dari pagi (program tanyalah Ustaz) sampai ke malam hari (ceramah Maulidur Rasul). Hehe. Tahukah Anda...?
- Kenapa dalam bacaan tahiyat, kita ada sebut nama Nabi Ibrahim juga? Sebab Nabi Muhammad SAW ada dari keturunan Nabi Ibrahim juga.
- Tinggi Nabi Adam AS ialah setinggi 60 hasta. Kalau tidak silap, 1 hasta=dari hujung jari tangan ke siku. Cuba kira berapa tinggi Nabi Adam AS.
- Nabi Adam AS juga bernikah dengan Hawa dengan hantaran. Tetapi hantarannya adalah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000 kali dalam satu nafas (tetapi Nabi Adam hanya dapat menyebut 300 salawat sahaja..tapi tetap kahwin juga akhirnya...hehe).
- Dahulu pernah sahabat Nabi bertanyakan kepada Rasulullah SAW, "adakah kami sauadaramu, ya Rasulullah"..tetapi baginda menjawab, "Tidak, kamu adalah sahabatku"..Lalu, sahabat Nabi bertanya lagi, "Kalau begitu, siapakah saudaramu wahai Rasulullah?"..baginda seraya menjawab, "Saudaraku adalah umatku yang tak pernah bersua muka denganku, tetapi cinta akan ku".
Wallahua'lam.
0 budak comel:
Post a Comment