Salam bloggers. Seperti yang pernah saya perkatakan dalam entri sebelum ini, jiran saya iaitu kak umi telah pun mengikat tali pertunangan pada hari Ahad (semalam). Jadi pada pagi Ahad, saya telah berada di dalam majlis pertunangannya dari sebelum majlis bermula sampai majlis berakhir. Hoho. Kemudian, pada petangnya saya telah pergi ke Plaza Low Yat bersama kakak saya sebab dia nak beli kabel. Kabel laptop dia dah rosak. Jadi lepas dah beli barang yang dia nak, saya sempatlah beli air Cool blog (bukan blog yang cool tau) dan juga donut big apple yang sedap. Haha. Sila lihat gambar-gambar dibawah sebagai rujukan. LOL.
cantikkan pelamin dia? simple, but nice combination of colors and decorations :)
masa kak umi tengah nak salam dengan mak tunang dia ni, susah betul nak snap gambar, sebab semua orang pun nak ambil gambar pada masa yang sama..hoho.. =.="
hihi..sampai senyum ke telinga..orang tengah bahagia la, katakan. ;D
Ni pula, di Plaza Low Yat, Bukit Bintang
sebab ramai orang beratur nak membeli, jadi saya semakin teruja nak mencuba..haha.
*lupa nak tulis watermark URL blog..ish* ok la kawan-kawan..inilah air Cool blog..dari penutup dia, saya teringat air teh Poci palembang..kenapa saya beli Cool Blog ni? sebab pernah dengar orang cerita sedap!jadi saya pilih air Cool blog Chocolate..tapi, saya rasa jauh lebih sedap ice blended chocolate kopiee satu (favourite saya coklat)..hehe ^_^
taraaaaaa..nak balik da~
P/s: Maaf guna kamera hp je..kamera SLR akak saya ada kt Dubai la. T_T
0 budak comel:
Post a Comment