Tuesday, February 22, 2011

orang yang saya suka selalunya mesti tak lama lepas tu dia KAHWIN!!



Salam bloggers. Pernah tak suka orang dalam seumur hidup? Ok, kalau tak pernah tu memang TAK NORMAL. Masa kecil dulu saya pernah terSUKA classmate saya. Itu pun sebab asyik digosipkan je. LOL. Kemudian, pernah juga suka tengok artis. Macam si ALLY ISKANDAR tu. Nampak ada karisma (bukan Karisma Kapoor ye). Hmm. Kalau tak silap saya, masa tu saya berumur 14 tahun. Sekolah saya dulu (SBU) baru sahaja berpindah ke tapak sekolah yang baru iaitu di Taman Shamelin. Saya tak faham kenapa saya perlu cerita pasal sekolah tiba-tiba. LOL. Yang pasti, bila ada kelapangan waktu macam cuti sekolah ke..saya pasti akan menonton rancangan MHI (Malaysia Hari Ini). Semuanya semata-mata untuk melihat si Ally Iskandar ini. Haha. Masa tu dia kurus sedikit dari yang sekarang. Tak ingatlah kalau masa tu dia dah berpunya ke apa (biasalah orang TV ni mesti ada gosip..hoho). Bla bla bla. Semuanya adalah dulu-dulu OK! Sekarang saya tak lagi minat Ally Iskandar. Oh ya, si pengara merangkap hos ini (Ally Iskandar) baru sahaja bertunang baru-baru ini.

TAHNIAH BUAT ALLY ISKANDAR. Jangan tunang lama-lama. :D


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails