Sunday, December 19, 2010

Bukan Doraemon Lagi

Salam bloggers. Pernah tak anda menjadi gemuk? Saya tau ramai yang bila dah besar tiba-tiba jadi gemuk walaupun dulu kurus, ataupun dulu gemuk kemudian jadi kurus. Entri saya kini mengenai diri saya sewaktu di sekolah teknik dulu. Sebelum saya memasuki SMT Tengku Ampuan Afzan, Bentong, saya bersekolah di SMK Seri Bintang (Utara) , KL. Kenapa saya pilih untuk masuk sekolah tu? Sebenarnya dulu saya mohon untuk masuk sekolah teknik lain, tapi dah dia bagi sana dan mungkin jodoh saya dengan sekolah tu, jadi saya masuklah sana (lagipun saya memang teringin masuk sekolah asrama dulu). Berbalik kepada kisah masuk sekolah teknik..sebelum saya masuk sekolah teknik dulu berat saya dalam 47 kg. Macam sekitar itu la. Tapi dalam masa beberapa bulan masuk sekolah teknik, berat saya naik sehingga mencecah 55-56 kg kot. Hebat tak? Semua tu hasil pemakanan yang seimbang saya makan di asrama.


gemuk sampai tak dapat nak zip pun sweater tu..huhu :(

Sangat kelakar kalau saya kenang zaman di asrama dulu. Boleh dikatakan saya tak pernah "miss" untuk makan di dewan makan (DM) asrama. Serius tau. Pagi, tengah hari, petang, malam, supper lagi. Hebat kan? Bukan makan dalam kuantiti sederhana ke apa. Kalau makan nasi tu dalam 2 mangkuk penuh saya makan (nasi diambil menggunakan mangkuk). Lauk pauk dalam tray tu memang gerenti saya tak tinggalkan la. Lepas tu, kalau kawan saya tak suka lauk dia atau buah yang disediakan, saya juga yang makan. Wahaha. Selepas sebulan masuk sekolah teknik, saya pulang ke rumah. Kakak saya asyik tegur, "dah berisi". Tapi saya macam tak sedar-sedar juga. Maklumlah tiap hari tengok muka kat cermin, sampai tak perasan perubahan diri sendiri. Tapi lama-lama saya pun perasan. Hihi. Bercakap pasal doraemon, sebenarnya saya tahu apa perasaan orang yang gemuk tau. Sekolah teknik saya dulu memang ramai budak lelaki. Ada budak lelaki yang macam nakal, pantang nampak perempuan badan comel2 je mesti diorang ejek2. Saya pun antaranya. Kelas saya di bawah kelas mereka. Maka bila saya lalu je di bawah, mereka boleh lihat dari tingkap. Lepas tu mereka panggil-panggil "doraemon lalu, doraemon lalu". Jahat kan? Huhu. Tapi nasib baik saya bukan senang dibuli. Sebab saya tahu saya ada kelebihan sendiri, maka saya tak terus terjun bangunan ke apa. Teringat saya, masa dulu Mustika Ratu ada keluarkan produk kapsul "Kempis Perut". So, saya pun suruh mak saya tolong beli. Eh, da makan pun tak ada perubahan (saya makan kapsul tu, tapi cara pemakanan masih tak berubah, mana nak menjadi). Sebenarnya nak jadi gemuk memang senang, tapi nak jadi kurus tu memang memakan masa yang lama. Selepas 4 tahun kot, barulah berat badan saya turun dan mencapai apa yang saya inginkan.

foto tahun 2007..kalau perasan la, sweater ni sama dengan yang gambar mula2 tu..da boleh zip :D

foto di jom heboh bukit jalil baru-baru ini bersama mira ;)

P/s: Ada juga orang yang satu kem PLKN atau sama sekolah teknik (yang saya ingat muka dan diorang ada dalam fb saya) tanya saya, saya ini siapa. Macam tak pernah jumpa. "Memang la, sebab dulu masa awak kenal saya, saya berbeza.......zZzzz

3 budak comel:

tp saya tetap kenal awak....chubby ke, kurus ke..lisa tetap comey...hehhe.(^_~)

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails