Saturday, December 18, 2010

Kisah Cinta Antara Dua Negara

Salam bloggers. Post kali ini berkisar tentang cinta. Cinta antara dua manusia yang tidak mengenal erti jarak mahupun negara. Budaya yang hampir sama, tetapi berbeza. Cinta yang akhirnya memerlukan pengorbanan dan persefahaman. Hehe. Kisah benar, cinta antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Berminat nak dengar? Inilah kisah yang julung-julung kalinya saya taip di blog saya iaitu mengenai ibu bapa saya. Bagaimana perkenalan mereka (tak secara detail) dan akhir cinta mereka iaitu ke jinjang pelamin. (Cewah, ayat tak menahan)

Kisahnya bermula beberapa dekad yang lalu (1 dekad bersamaan 10 tahun, bukan 100 tahun :p). Sebaik sahaja tamat SPM, ayah saya telah melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Mengapa Indonesia? Kalau dulu, memang ramai pelajar Malaysia yang datang ke sana untuk belajar. Tapi sekarang pelajar sana yang datang belajar ke Malaysia. ;)) Hihi. Sebaik tiba di Indonesia, ayah saya masuk kelas 3 SMA di Sekolah Muhamadiyah di Jogja (kalau tak silap saya) sebab ayah saya kan tak pernah belajar Bahasa Indonesia. Kebetulan ibu saya pun sekolah di sana. Selepas tamat SMA di Jogja, ayah saya telah memohon ke Universitas Padjadjaran (bidang ekonomi) yang terletak di Bandung. Perbezaan umur mak dan ayah saya dalam 4-5 tahun. Maka, saya tak pasti tahun berapa mak saya masuk ke Universitas beliau. Tapi yang pasti mak saya belajar Medic di Universitas Diponogoro, Semarang. Kalau nak tahu, melalui mak saya, rakan satu kumpulan mak saya berkenalan dan berkahwin dengan anak saudara mak saya sendiri. Hihi. Ok, saya teruskan lagi cerita. Mak saya pernah cerita, dulu ada kawan mak saya yang bercinta dengan orang Malaysia. Kemudian mak saya pernah terfikir, "tak patriotik la bercinta dengan laki negara lain". Itulah orang kata, "tak kenal maka tak cinta". Entah bagaimana tiba-tiba mak saya dan ayah saya bertemu kembali saya tak pasti (susah nak korek cerita cinta ini). Orang dulu nak contact bukan senang tau. Tak adanya nak telefon dan sms macam sekarang. Tapi yang pasti mereka berdua telah disatukan pada 16 April 1982. Hehe. Maka sebab itulah wujud cinta antara dua negara. Mereka telah dikurniakan empat orang anak perempuan yang comel (puji diri sendiri sekala tak apa kot). :p

Foto keluarga bersama abang ipar pada resepsi perkahwinan di tempat lelaki. Bukan foto kahwin parents saya, ye. ;)


P/s: Kami jarang mengambil gambar satu family, nak cari gambar yang latest pun susah. =.="

2 budak comel:

Sudah ditakdirkan besatu. hehe. Tak kenal maka tak cinta. :D

P/s : sy mau jejaka dr korea la.. :p

hehe,tu la psl..wahaha..korea?cewah..gud luck! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails