Thursday, December 30, 2010

andai itu jalan yang terbaik...SAYA SAYANG NENEK SAYA!!

Salam bloggers. Lebih kurang sejam yang lalu saya baru sahaja mendengar perkhabaran duka tentang nenek saya yang sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Natar, Bandar Lampung, Indonesia. Nenenda tercinta telah pulang ke rahmatullah pada malam jumaat yang mulia ini. Semoga roh nenenda dicucuri rahmat oleh Allah SWT, amal ibadah diterima Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.


Sebenarnya saya rasa agak sedih dan terkilan kerana tidak dapat menatap wajah nenek buat kali yang terakhir. Kali terakhir saya bertemu nenek pada 11 Jun 2010. Sudah 6 bulan berlalu. Memang nenek sudah tua, umur pun sudah hampir mencecah 90 tahun. Tapi sebelum saya tinggalkan nenek tempoh hari, beliau masih boleh berjalan. Walaupun disebabkan faktor usia nenek sudah mengalami dimensia dan juga kurang pendengaran, tapi nenek seorang yang tahu menghargai orang lain. Telatah nenek kadang-kadang agak lucu. Betullah kata orang, semakin tua kita akan kembali kepada sikap keanak-anakan. Nenek suka makan coklat. Perangai pun kadang-kadang macam nak merengek bila tak diberi. Walaupun kita kata, tak boleh makan sebab manis ke. Tapi nenek akan kata, "boleh ga mau nyicip dikit aja?". Kepada sesiapa yang tak tau dimensia itu apa. Kita boleh kaitkan ianya dengan penyakit tua. Nenek sudah menjadi lupa. Orang yang nenek jarang jumpa, nenek lupa. Tapi ada perkara-perkara masa lampau yang nenek ingat kadang-kadang. Kalau tidak silap, dalam 3 tahun ni nenek baru mula mengalami dimensia. Tapi, walaupun nenek lupa orang lain, tapi ada satu perkara yang nenek tak pernah lupa. Nenek tak pernah lupa mengucapkan TERIMA KASIH. Ya, nenek sentiasa berterima kasih buat orang yang membantu nenek. Nenek memang seorang yang sopan. Ada baiknya juga bila nenek tak ingat dan kurang pendengaran ini. Sekurang-kurangnya nenek tak mendengar benda-benda yang tak elok didengar. Sewaktu muda dulu, kata mama, nenek memang seorang yang rajin. Jadi apabila tua, nenek memang tak boleh tengok rumah tak kemas. Nenek juga suka menyikat dan merapikan rambut. Alangkah baiknya kerana di akhir hayatnya nenek duduk di pesantren. Dikelilingi dengan anak-anak pondok yang mengaji dan menghafaz Al-Quran. Perasan tak? Kadang-kadang apabila seseorang telah pergi meninggalkan kita, baru kita sedar betapa kita sayangkan orang itu. Tapi, ketika kita menyedarinya, kita akan rasa sedih sangat. Sebab orang itu telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. T___T Al-fatihah buat arwah nenek.

bahan-bahan untuk memandikan mayat *ketika andung cik meninggal di Lampung bulan Jun yang lalu*
"Apabila meninggal anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat."
Bila izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil...

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

2 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails