Friday, December 31, 2010

kenangan bersama nenek

Salam bloggers. Hari ini merupakan hari dimana nenek dimandikan, dikafankan serta dikuburkan. Tapi saya tak berpeluang untuk melihat semua itu memandangkan saya sekarang berada di Kuala Lumpur. Saya memang nak sangat pulang ke Indonesia, tapi bak kata ayah saya nanti susah pula nak beli di lapangan terbang Soekarno-Hatta Jakarta. Sebaik tiba, kena tukar terminal dan beli tiket. Memang leceh. Mungkin, lain kali baru saya berpeluang melihat pusara nenek. Hmm. T_____T Mengimbau kembali kenangan bersama nenek pada bulan Jun 2010 yang lalu. Macam biasa setiap kali pulang ke Branti (Bandar Lampung), saya akan tidur dengan nenek. Sejak nenek sudah tua, kalau dia nak berpindah dari bawah ke atas, ada pelajar asrama yang akan tolak nenek yang duduk di kerusi roda. Bukan nenek tak boleh jalan, tapi untuk memudahkan nenek. Sebab nenek dah tua, jadi jalannya agak perlahan. Bercakap tentang kerusi roda. Saya masih ingat, petang itu saya mengajak nenek duduk di kerusi roda. Kemudian saya bawa nenek jalan-jalan. Setakat jalan-jalan di depan halaman rumah. Selepas membuat satu pusingan, saya berhenti menolak kerusi roda yang diduduki nenek. Kemudian nenek berkata, "mau sekali lagi boleh gak?". Kemudian, saya menolak kerusi roda nenek dengan perlahan untuk beberapa pusingan. Hehe. Memang kadang-kadang nenek ini lucu. Cara pendekatan nenek memang akan meresap ke dalam hati. Apatah lagi, nenek memang tak pernah lupa mengucapkan "terima kasih". Itulah kenangan terakhir saya bersama nenek.

P/s: Saya pernah cemburu dengan pinggan mangkuk sebab bila melihat pinggan mangkuk kotor yang belum dicuci, nenek asyik teringat je. Tapi cucu sendiri nenek tak ingat. :p

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails