Monday, November 22, 2010

rugi, rugi

Salam bloggers. Seperti biasa saya telah pergi ke bangunan EON untuk membeli makanan tengah hari. Sebaik sahaja membeli makanan, saya singgah ke kedai runcit memandangkan saya nak beli roti dan gula-gula. Nak dijadikan cerita, selepas memilih roti saya terus ke kaunter untuk membeli gula-gula. Mula-mula saya lihat gula-gula Extra Mints. Isinya 20 biji tetapi harga belum tau. Kemudian saya lihat gula-gula Eclipse. Harganya RM5.50 dan isinya ada 50 biji. Maka berlakulah peristiwa di mana saya rasa ruginya. Mahal la harga gula-gula Extra Mints Wrigleys tu. RM4.90 untuk gula-gula yang dalamnya ada 20 BIJI je? Ahhhhhhh..rugi rugi. Sekian.

P/s: teringat lina ada cerita pasal harga gula-gula yang mahal. Rupa-rupanya saya pun telah terbeli gula-gula yang sama je dengan dia beli. T_____T Maka pengajarannya disini, sila tanya harga dulu sebelum ingin membayar.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails