Friday, November 19, 2010

Duit kecik oh duit kecik

Salam bloggers. Pagi tadi sperti biasa saya pergi kerja (tempat praktikal maksudnya). Seperti biasa dalam pukul 8.20 pagi saya dah sampai. Pernah sekali je saya terlewat datang ok. :p Setibanya di lrt Sultan Ismail saya pun nak beli surat khabar. Eh, tengok-tengok tak ada duit kecil. Ada Rm1. Saya dah terfikir nak letak balik surat khabar tersebut tapi pakcik tu kata, "tak apa, nanti lain kali lalu sini bayarlah". Hehe. Terpaksa berhutang 50 sen, sebab saya ada RM1 yang paling kecil dan yang kedua terkecil ialah RM50. Ish ish. Hari ini Rasida masih tidak datang ke pejabat. Adakah dia bakal membawa MC minggu depan? Huhu. Bercakap pasal MC, even adik sendiri pun, kakak saya (yang bekerja sebagai Dr.) tidak akan memberi MC dengan sewenang-wenangnya. Ini kan berkaitan etika di tempat kerja. Sebagai seorang yang telah dipertanggungjawabkan membawa amanah, kita haruslah bersifat amanah (bukan bank HSBC Amanah ok :p) . Oh ya, sebenarnya bila bercakap mengenai duit kecil ini saya teringat peristiwa yang pernah berlaku semasa mak ayah saya pergi ke Chow Kit suatu ketika dahulu. Masa tu rasanya mereka berdua baru pergi ke pasar. Terjumpa orang peminta sedekah ini. Ayah saya nak beri duit tapi tiada duit kecil. Maka ayah saya beritahu dekat peminta sedekah tu, "maaflah tak ada duit kecil". Kemudian orang itu menjawab, "duit besar pun tak apa". Haha. Kelakar pula rasanya. x)

P/s: petang semalam hujan turun dengan lebatnya. Habis basah baju kurung saya. Petang ini pun hujan, tapi harap-harap masa saya balik nanti dah reda.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails