Thursday, November 18, 2010

Cemas

Salam bloggers. Pagi tadi saya telah mengalami saat-saat yang mendebarkan di mana saya terpaksa berlari-lari anak untuk masuk ke lrt yang telah pun tiba di stesen dan menunggu masa untuk menutup pintunya. Ceritanya bermula begini, saya telah keluar rumah agak lambat iaitu sekitar pukul 7.50 pagi. Maka saya terpaksa berjalan dengan pantas untuk ke stesen lrt.Setibanya saya di penghujung Jalan Indah 3 (berhadapan dengan LRT), tiba-tiba adik say telefon dan mengatakan kuncinya sedang dipinjam oleh kakak saya (nombor 2) dan kalau saya tak bagi kunci dia tak boleh pergi kerja. Haha. Memandangkan dari jauh saya melihat LRT telah sampai ke stesen, maka saya dengan baik hatinya telah berpatah balik dan menuju ke arah rumah saya. Di tepi lorong rumah saya, saya telah ternampak adik saya dan kemudiannya saya meninggalkan kunci rumah di atas kereta orang. Saya kemudiannya berjalan dengan lebih laju menuju ke lrt. Sewaktu saya melalui jambatan di sungai kerayong (sebelah LRT), saya melihat kelibat LRT datang menuju ke stesen lrt. Mahu tak mahu, saya terpaksa berlari-lari di tangga dan kemudiannya menuju ke pintu masuk stesen. Nasib baik ada RapidPass. Maka saya hanya perlu 'touch n go'. LOL. Saat mencemaskan yang berlaku, nak tahu apa? Sewaktu saya sentuh kad di pintu masuk stesen, LRT telah pun membunyikan amaran untuk menutup pintu. Dan, Alhamdulillah dalam masa 2 saat sebelum pintu tertutup rapat, saya sempat masuk. Orang belakang saya sampai tersepit tangan (tapi pintu lrt kemudiannya dibuka kembali) sebab nak masuk lrt macam saya.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails