Thursday, April 15, 2010

I'm not single

Peminat drama Melayu kat sini mesti dah tengok drama Adamaya kat TV3 yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis (6.30 - 7.30 pm). Ceritanya tidak jauh beza dari filem I'm not single. Sebenrnya saya tidak pernah berkesempatan menonton filem tu. Cari DVD kat Jusco hari tu, tapi tak jumpa. T_T Apa yang menarik tentang Adamaya?


Macam yang saya dah katakan tadi, jalan cerita lebih kurang tetapi mestilah ada perbezaan (apa bezanya, kena tonton sendiri la). Cerita Adamaya mengisahkan Adam dan Maya yang berkahwin kerana diatur oleh keluarga. Semuanya terjadi kerana ibu bapa Maya mahu pergi ke Afrika dan tinggal di sana selama 5 tahun. Memandangkan mereka risau meninggalkan Maya sendiri di Malaysia, maka mereka terus merancang untuk mengahwinkan Maya. Kebetulan, ibu Maya memang mengenali ibu Adam. Kawan lama. Sebenarnya sewaktu dikahwinkan, Maya telahpun mempunyai teman lelaki. Maka bermulalah perjuangan teman lelaki Maya biarpun dia tahu Maya sudah pun berkahwin.....

P/s: agaknya nanti saya kahwin dengan orang yang saya pilih atau diatur keluarga ye?harap dapat lelaki yang beriman dan dapat membimbing saya. amin~ =)



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails