Tuesday, April 20, 2010

fyp presentation

Semalam merupakan hari yang mendebarkan buat student DBIT yang memilih untuk membuat research dalam projek tahun akhir. Saya juga termasuk dalam golongan tersebut. Cewah. Masa presentation saya pukul 2.30 petang. Maka, saya bertolak dari rumah pukul 10 lebih. Pada mulanya saya bercadang untuk datang awal dan melihat rakan saya yang present seawal pukul 9.30 pagi. Tetapi, atas beberapa sebab saya membatalkan hasrat itu. Apa yang terjadi semalam? Seperti apa yang telah saya katakan tadi, saya dan partner saya (Nur Emira) diberikan giliran untuk sesi petang. Walaupun saya ada membuat sedikit latihan bercakap di depan laptop ketika di rumah, tetapi sewaktu presentation ada juga lah tergeliat lidah sikit. Ish ish. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sehinggalah soalan daripada En S yang telah menghancurkan segalanya. Eh, tak adalah semua. Cuma memandangkan beliau seakan-akan mahu menegakkan benang yang basah. Bukannya apa. Tajuk research kami memang lebih kepada "success", bukan "failure". Maka sudah tentulah kami akan menceritakan "advantages". Kalau cerita tentang "disadvantages", sudah pasti sudah out of the topic. =.=" Enough said. Let all the pictures tell.........







0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails