Saturday, March 13, 2010

reunion bbgs

Semalam (hari sabtu) bersamaan 13 mac 2010, saya dan rakan-rakan yang bersekolah di BBGS yang kini telah dikenali sebagai SMKSBU telah membuat reunion. Tujuannya untuk saling bertemu setelah sekian lama tidak bersua muka. Saya tiba di Times Square tepat pada jam 2 petang seperti yang dijanjikan. Tetapi memandangkan saya gerak dari rumah sendiri, maka saya tidak terus naik ke tingkat 10 Times Square. Saya menunggu sesiapa yang mungkin belum naik ke tingkat 10. Hehe. Tidak lama kemudian saya terserempak dengan Juliza, Elly, Ena serta Yana. So, kami naik ke atas bersama-sama. Mini gathering semalam dianggarkan akan menemukan seramai 15 orang bekas pelajar BBGS batch kami. Tetapi alhamdulillah, sebenarnya bilangan yang turut serta seramai lebih kurang 23 orang (ada yang datang sangat lambat setelah beberapa rakan telah pulang). Huhu. Apa pun, memang seronok bertemu dengan rakan-rakan lama. Mereka cadangkan nak menyanyi di karaoke box. Tetapi, memandangkan masa yang diambil begitu lama. Saya dan yana membuat keputusan untuk berjalan-jalan di tingkat bawah dahulu. Eh, tidak lama kemudian kami ke Low Yat pula. Saya masih lagi survey harga bateri laptop. Harga masih sama around RM200-RM250. Mahal la. Bila nak turun bawah RM200? Beralih cerita kepada cadangan mereka yang nak berkaraoke. Tiba-tiba semasa saya dan yana berada di Low Yat ada yang menelefon dan beritahu mereka on the way balik ke Times Square dari tempat karaoke. Hah? Biar betul. Macam tidak percaya dan tidak disangka-sangka. Ingatkan cancel ke plan tu. It's ok, next time punya gathering kena plan baik-baik. Thanks buat Ena yang menyatakan hasrat murni untuk membuat mini gathering ini. ;)



2 budak comel:

eh ade thanks tok aku ke? waa terharuu ;) mekaciihh mumuuu

hahaa..ye, krn dirimu begitu berharga.. ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails