Thursday, March 11, 2010

kuiz kedua

Dalam post sebelum ini saya pernah katakan bahawa keputusan kuiz E-commerce saya sangat teruk. Klik sini untuk mengetahui kisahnya. Pada Isnin yang lepas (sebaik sahaja kami cuti pertengahan semester selama seminggu), Miss Rosnida telah mengadakan backup quiz buat kami dengan harapan kami dapat memperbaiki keputusan kuiz sebelum ini yang sangat teruk. Ish. Berapa teruk saya dapat? Kuiz tersebut akan menyumbangkan 5% dalam course work marks dan saya hanya berhasil mendapat 8.5/20 di mana selepas convert kepada 5% hanya dalam 2%. Huh? Teruk sangatlah. Maka, dalam backup quiz yang telah dijalankan, saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki markah saya sebelum ini. Alhamdulillah, selepas Miss Rosnida memulangkan kertas pada hari Selasa, saya boleh menarik nafas lega. Saya berjaya mendapat 18/20. Hehe. =)






0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails