Wednesday, March 17, 2010

akibat kerja bertangguh

Post saya kali ini cuma berkenaan kerja yang bertangguh. Seperti kebiasaannya, pensyarah akan memberikan beberapa assignment yang memerlukan pelajar menghantar pada waktu yang ditetapkan. Saya juga begitu. Minggu lepas, dua lecturer untuk subjek yang berbeza telah memberikan saya dan rakan-rakan saya tugasan. Satu tugasan perlu dihantar pada 19 Mac manakanla yang satu lagi pada 31 Mac.
Alkisahnya, semalam saya telah menyiapkan tugasan untuk subjek yang sepatutnya dihantar pada 31 Mac. Haha. Petang tadi saya telah pun menghantar tugasan berkenaan kepada pensyarah. Manakala, tugasan yang perlu dihantar pada Jumaat ini baru sahaja saya siapkan malam ini dan dicetak pada malam ini juga. Kalau dari minggu lepas, saya telah menyiapkan tugasan, pasti minggu ini saya lebih relaks. Hihihi. Tapi, alhamdulillah siap juga tugasan saya sebelum dateline tiba. Esok pagi ada kuiz Enterprise tapi saya langsung belum membaca apa pun. Ish ish.
P/s: Bermula 19 Mac 2010 hingga 28 Mac 2010, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan di PWTC.




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails