Wednesday, February 10, 2010

peluang kedua

Alhamdulillah hari ini ada tiga perkara yang menggembirakan hati saya. Sekurang-kurangnya gundah di hati saya terubat jua. Masakan tidak, semalam saya dapat keputusan quiz E-Commerce dan ianya merupakan rekod terburuk saya sepanjang berada di KPTM ni. Menyesal pun tak guna since saya sendiri yang tidak mengulangkaji. Apa yang buat saya gembira hari ini?

  • En Sofian telah memulangkan kertas quiz yang kami jawab minggu lepas pagi tadi. Alhamdulillah walaupun bukan mendapat markah yang tertinggi, tapi result quiz saya adalah baik..14/20 okey la untuk permulaan semester ini, selepas keputusan E-Commerce yang sangat menyedihkan itu..LOL.
  • Lecturer E-Commerce beritahu yang dia akan buat backup quiz, since ramai yang dapat keputusan yang teruk dalam quiz baru-baru ini. Syukur alhamdulillah. Saya kena rebut peluang kedua ini sebaik-baiknya.
  • Akhirnya saya dapat install Dreamweaver. Terima kasih zizul kerana bagi installer Macromedia Dreamweaver MX 2004 kepada saya. Percubaan untuk meng'install' Adobe Dreamweaver CS3 dan CS4 yang saya ambil dari kyla sebelum ini gagal. Tak salah rasanya guna version yang bukalah terbaru ini, tapi mungkin compatible. Hehe.

P/s: Seperti biasa saya akan memesan kueyteow goreng basah untuk santapan tengah hari saya. Cuma hari ini kueyteow dia lebih sedikit daripada biasa. Serius sikit giler!! =.="



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails