Semalam memang hari yang memenatkan. Hari ini pula, lebih memenatkan. Ceritanya begini. Pada mulanya saya langsung tidak membuat perancangan untuk ke mana-mana. Tetapi, Kyla beria-ia mengajak saya untuk ikut ke majlis kahwin hari ini. Dia risau Wani pulang seorang nanti sebab dia mahu pulang ke Shah Alam. Bukan itu sahaja, Yana juga telah mengajak saya untuk pergi melawat dia di booth Pencegahan Jenayah sempena tahun baru cina yang bakal berlangsung minggu depan. Sewaktu saya tidur malam tadi, Farah telah menghantar sms untuk bertanyakan sama ada saya free pada hari ini. Pagi tadi ketika saya menyuarakan hasrat untuk keluar, tiba-tiba akak saya menyatakan hasratnya untuk mengajak saya ke Jalan TAR bersamanya. Cuba bayangkan betapa banyaknya permintaan yang saya perlu tunaikan. Akhirnya, saya terpaksa mengecewakan Farah dan akak saya. Kenapa? Farah telah membalas sms saya lambat. Haha. Dia bangun lambat hari ini. Memandangkan hari ini saya tidak keluar dengan akak saya, kami telah merancang untuk keluar pada hari esok (Ahad).
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
4 years ago
0 budak comel:
Post a Comment