Sunday, February 7, 2010

februari kembali

Memang ini bukan post saya yang pertama dalam bulan Februari ini. Tetapi apabila tarikh 7 Februari ini menjelma kembali, saya pasti teringat apa yang berlaku 3 tahun yang lalu. Bulan Februari 3 tahun yang lalu menyaksikan saya gagal dalam meneruskan apa yang saya perjuangkan, saya gagal dalam percintaan (what the fish?) dan juga saya telah mengalami suatu kemalangan. Saya telah meninggalkan MMU dan rakan-rakan saya pada tarikh 5 Februari 2007. Bercakap tentang percintaan, saya anggap itu hanyalah cinta monyet. Kenapa? Saya tidak pernah bercinta sebelumnya. Saya cuma boleh berbangga dengan diri saya kerana saya tidak pernah sesekali membiarkan seorang lelaki menyentuh saya dengan sewenang-wenangnya. Kalau nak pegang tangan, dan lain-lain lepas kahwin tak apalah. Bercakap tentang kemalangan, dulu side mirror kereta akak saya telah dilanggar sehingga tercabut oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki melayu. Masa kejadian, saya dalam perjalanan untuk bertemu BFF saya. Segalanya berlaku dalam sekelip mata dan yang pasti tempat kejadian di Bulatan Kg Pandan (masa bulatan itu under construction). Terpaksa saya pergi ke bengkel untuk menggantikan side mirror sebelah kanan yang telah tercabut itu. Maka, bulan Februari tiga tahun yang lalu itu boleh dikatakan benar-benar menguji diri saya. Mungkin itulah titik tolak kepada perubahan dari cara saya berfikir kini. :)

saya rindu zira dan mina T_T


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails