Friday, January 1, 2010

nombor cantik

Tahun 2010 ini, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya, bakal pengantin baru pasti mengimpikan satu perkahwinan yang akan mereke ingati seumur hidup. Yang pasti tarikh yang cantik serta unik pasti menjadi pilihan mereka. Sebagai contoh, hari ini tarikh 010110 kelihatan cantik kerana kombinasi nombor 1 dan 0. Begitu juga tarikh, 101010 iaitu 10 Oktober 2010 yang kebetulan jatuh pada hari Ahad. Sudah pasti ramai yang akan memilih tarikh itu sebagai hari bersejarah mereka untuk bergelar raja sehari. Memikirkan soal cucu (eh, anak pun tak ada boleh pula nak bermimpi ada cucu), saya mempunyai satu impian. Sekurang-kurangnya saya tak mahu berkahwin terlalu lambat (30 tahun ke atas). Ya, perempuan ni kalau lambat kahwin mesti orang luar sibuk tanya "bila nak kahwin", "jual mahal la tu" atau soalan paling teruk, "tak laku ke". Ok lah. Janganlah sibuk hal orang lain, yang penting empunya diri itu. Perkahwinan memerlukan penyatuan dua jiwa dan keserasian dalam hubungan (chewah...cakap macam pakar je). Kenapa saya tidak mahu berkahwin lambat? Semalam tiba-tiba je saya terfikir, kalaulah saya berkahwin pada umur 30 tahun dan kemudiannya anak saya lahir ketika saya berusia 31 atau 32 tahun. Kemudian, anak saya pula berkahwin pada usia 30 tahun juga. Entah berapa umur saya nanti ketika menimang cucu yang pertama? Untuk lelaki, usia bukan penghalang. Tapi bagi kaum wanita, ini sangat serius!



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails