Friday, January 1, 2010

2010

Hari ini 15 Muharram 1431H bersamaan 1 Januari 2010. Akhirnya, tahun 2010 muncul juga. Banyak yang perlu saya lakukan tahun ini atau lebih spesifik, pada semester akan datang yang akan bermula pada 11 Januari 2010. Menghabiskan sisa-sisa waktu dan kemudiannya meneruskan lagi pengajian (mungkin di tempat yang sama) dan melipat gandakan usaha (wajib sangat!!). Jangan benarkan kesilapan masa lalu menghantui diri. Saya mesti berubah bukan sahaja demi masa depan saya, malah orang-orang di sekitar saya terutama sekali ibu bapa dan keluarga tercinta. Semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah pada tahun baru ini. Amin~



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails