Sunday, January 10, 2010

kala matahari bersinar

Title tu tiada kena mengena dengan blog hari ini. Tapi cuaca hari ini memang baik. Cerah. Esok bermula semester yang baru. Menurut koordinator course DBIT, kelas akan bermula pada hari Selasa. Cuma esok kena juga datang kolej, ambil result slip yang sepatutnya dapat masa register hari tu tapi belum dapat. Lagi satu perkara, saya kena ambil add/drop form. Mungkin saya kena add secara manual subjek E-Commerce since sistem macam tak letak pun subjek tu dalam list subjek yang saya ambil semester ini. Semester ni saya mesti memastikan CGPA tidak terusik, dalam erti kata lain CGPA kalau boleh tidak jatuh. Huhu. Saya mesti jadi yang terbaik antara yang terbaik. Gambateh!! Semester ini akan menjadi semester yang terakhir buat saya dalam course DBIT ni. Perlukah saya teruskan degree di KPTM atau di IPTA? Parent saya tiada halangan dalam memberikan saya kebebasan untuk memilih. Kemungkinan besar saya akan meneruskan sahaja pengajian di sini since boleh credit transfer. Lagipun degree dia under Coventry University, UK.
Harap-harap dalam 2012 saya berjaya menamatkan degree dan mendapat B.IT(Hons) Business Information Technology with ____________. Major apa yang saya patut ambil? Accounting/International Business? Confuse sudah...Oh Coventry~



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails