Sunday, January 3, 2010

beli-belah tingkap

Dua hari lepas, kakak saya ajak saya untuk temankan dia pergi Jalan TAR hari ahad. Hari ahad itu hari ni lah. Maksudnya, jatuh pada hari ini la. Oho. Nak dijadikan cerita, kakak saya nak tengok tudung Ariani since diorang ada buat sales (hari ni hari terakhir). Sampai kat Ariani akak saya pun memilih tudung yang biasanya orang sekarang suka panggil tudung ekin. Entah kenapa, bila artis pakai tudung style lain sikit mesti tiba-tiba muncul tudung beserta nama artis tu. Tapi yang peliknya macam mana dulu boleh wujud tudung Mawi. Bila masa pula Mawi yang berjantina lelaki memakai tudung? LOL. Selepas memilih dan membayar tudung yang berkenan di hati (saya tak beli tudung2 style Ekin since tak berapa sesuai dengan jiwa saya), kami terus menuju ke Jakel. Di sanalah segalanya bermula. Habis azam 2010 saya kerana Jakel. Kain-kain pasang di Jakel seakan-akan memanggil-manggil namaku. "Marilah beli, marilah beli,.....". Dan saya tergoda. Arghhhhh. Mula-mula memang dah mind set. "Cuci mata. Cuci mata. Cuci mata saja, OK!" Tapi kebetulan lah pula masa saya sampai Happy Hour tinggal 15 minit. Menurut pandangan saya, Happy Hour bermaksud masa yang menggembirakan pelanggan kerana harga yang ditawarkan biasanya lebih murah daripada harga yang biasa ditawarkan. Saya telah tertarik dengan kain Washable Chiffon Jakel yang harga biasa RM128 (masa Happy Hour, harganya tak sampai RM100 pun). First impression, kain itu memang cantik. Walaupun chiffon, tapi agak tebal sedikit. Setelah melihat-lihat pilihan kain yang ada, saya telah membuat pilihan. Sebelum membeli, berkata saya kepada kakak saya, "Kain ini untuk convo nanti lah". Sebenarnya masa di Bukit Tinggi (Padang) tempoh hari, saya pernah kata benda yang sama. Alasan membeli kain, untuk convo. Lagipun, mak saya selalu kata "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli". So, saya nak cuba aplikasikan la ni. LOL. Selesai membuat pembayaran, kami menuju ke Mydin. Kakak saya nak cari DVD cerita Hindustan. Tapi hampa sebab DVD habuk pun tarak dalam Mydin tu. Sebelum keluar dari sana, saya sempat melilau kat bahagian coklat. Saya sangat suka coklat! Kebetulan, murah giler harga coklat Cadbury 175 gram kat sana (biasa jumpa yang paling murah dalam RM5.99). Tak tahu kenapa sekarang harga coklat Cadbury boleh melambung naik sampai RM7.50 untuk 175 gram. So, tanpa berfikir panjang saya terus membeli. Satu je, beli banyak2 nanti gem*k pula. Wakaka.
Nota kaki: Hari ini sekali lagi ada orang puji saya nampak muda daripada usia. Hihi. Alhamdulillah. Semoga saya sentiasa awet muda sampai tua nanti. Amin~



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails