Sunday, January 3, 2010

Peristiwa 2009

  • Pendaftaran pelajar lama di kolej pada bulan Januari. Alhamdulillah, semester 4 berlangsung dengan jayanya. Pointer naik balik.
  • Pulang ke kampung (Indonesia) pada 1 Jun 2009 melalui Jakarta. Dijemput oleh sepupu mama, Tante Mila dan family di Bandara (airport) dan tinggal selama 2 malam di rumah mereka (Tangerang). Kemudian, kami ke Depok tempat saudara mama yang sudah 30 tahun tak ditemui kot. Menginap selama 2 malam juga, kemudian kami bertolak ke Lampung menaiki bas Damri. Kalau dari Jakarta nak ke Lampung kena naik kapal/flight. Yang pasti, selama 2 minggu saya bersama mama dan papa di Indonesia.
  • Bulan Julai, tiba-tiba saya kapel. Huh? Macam tak percaya sebab saya dah 29 bulan stay single selepas putus dulu. Oops. Tapi, selama saya first time kapel dulu saya tak pernah la nak ada body contact. Sorry la, sejak kecil saya telah menanamkan niat untuk hanya membenarkan suami berjalan bergandingan tangan and so on. Lagipun, saya tahu Allah melihat apa yang hamba-Nya lakukan. Dengan siapa kali ke-2 saya kapel? Biarlah rahsia. (macam tajuk lagu CT je)
  • Semester 5 akhirnya sampai ke penghujungnya, sebaik menjawab paper final exam saya berasa takut sedikit. Saya bimbang pointer saya jatuh. Tapi, Alhamdulillah keputusan untuk semester yang baru sahaja berlalu ini sangat baik. Kalau sebelum ni, hanya GPA saya naik, tapi kali ini CGPA juga. :)
  • Tetapi, pada awal bulan Disember saya kemudiannya merasakan apa yang saya buat ni seperti tak betul. Saya tak patut kapel. Kenapa? Sebab dalam Islam sendiri dah mengatakan sebegitu (sebenarnya), satu hal lagi ialah saya tidak mahu kemanisan dalam rumah tangga yang bakal saya bina nanti hilang dengan cepat. Apa maksud saya? Oklah macam ni, misalnya kita bercinta selama 4 tahun kemudian mendirikan rumahtangga (kalau sampai tahap ni Alhamdulillah), tiba-tiba kita rasa dah terlalu biasa dengan si dia. Macam hilang kemanisannya lagi. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang dulunya bercinta dan biasa berpeluk sana sini serta berpegangan tangan ke hulu ke hilir. Nak dijadikan cerita, saya rasa hubungan kami telah berakhir. Tanpa sebarang kata dari saya mahupun dia. Paling pelik sebab saya tak sedih langsung (mungkin sebab dah pernah baca buku La Tahzan atau saya memang heartless?LOL).
  • Saya akhiri tahun 2009 dengan harapan tahun 2010 bakal menampakkan sinarnya. Semoga saya berjaya mendapat apa yang saya impikan untuk semester 6 dalam program DBIT dan melanjutkan ke bidang yang sama untuk memenuhi impian saya dan harapan ibu bapa saya. Satu lagi, saya berharap suatu hari nanti saya akan mendapat suami yang baik dan memahami saya. Semestinya dia haruslah seorang yang sayangkan keluarganya dan bertanggungjawab.
nota kaki: Percaya atau tidak, anak kedua biasanya seorang yang agak panas baran. Mereka juga biasanya dikaitkan dengan api. Hehe. Nasib baik saya anak ke-3. Saya seorang yang agak neutral. Sebab dalam adik beradik saya, biasanya saya ni yang 'boleh masuk' dengan siapa-siapa pun.


0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails