Wednesday, December 30, 2009

penipuan perbankan di internet

Semasa saya memeriksa spam messages di y! mail hari ini, saya terlihat dua e-mail dari "CIMB Clicks" palsu .


E-mail mengatakan bahawa akaun CIMB Clicks saya telah digantung sementara kerana ada beberapa percubaan gagal untuk login. Ok la, benda ni nampak macam betul sebab akaun saya dah lama pun suspended. Sangat tak masuk akal bila e-mail ni baru nak dapat sekarang. Saya kemudiannya dikehendaki klik di link yang telah diberikan untuk mengesahkan maklumat terperinci akaun. Haha. What the fish? Mana ada bank pernah buat macam ni la. Bank tak akan deal melalui e-mail mahupun call kita semata-mata untuk dapatkan maklumat peribadi (kemaskini akaun).

Link yang diberikan itu sebenarnya ialah:
http://zoahaza.isfreeweb.com/tt/image/owner/wysiwyg/cimbclicks.html
(tiada kaitan dengan CIMB Clicks sama sekali)


Harap-harap orang lain tidak percaya dengan mudahnya e-mail2 yang kononnya datang daripada bank yang berurusan dengan anda. Kalau akaun CIMB Clicks anda suspended, anda dikehendaki untuk menghubungi pihak bank sendiri (sila dail: 1 300 880 900).




0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails