Monday, January 31, 2011

Wong Solo

Salam bloggers. Entri kali ini pasal makan-makan. Lokasinya Wong Solo. Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki dan makan di Wong Solo ini. Tapi memandangkan saya masih baru lagi pulang dari Solo, maka saya pun berminat nak tulis pasal Wong Solo ini. Tahu maksud wong Solo? Ertinya, Orang Solo. Wong=Orang. Maklumlah, kat Jawa ada loghat dia yang tersendiri. Cewah. Masa di Solo tempoh hari, saya tak pula makan di Wong Solo. LOL. Apa pun tahniah buat Wong Solo sebab ada cawangan di Malaysia (Taman Dagang, Kg. Baru, dan satu lagi tak ingat kat mana). Apa yang menarik di Wong Solo ini ialah ayam bakarnya.



Enuaaaaaaakk buangeeeet. ;p Lihat foto di atas. Kalau beli set ayam bakar Wong Solo ini, kosnya hanya RM10.90. Satu set merangkumi nasi+ayam bakar+air mineral cawan.

Tapi, saya pesan air limau ini gak. Bukan Limau Ais, tapi hangat a.k.a Suam. Kosnya pula, RM3. Kalau dulu biasanya saya pesan Es Alpokat. Tapi, selepas sekian lama saya rasa kalau minum Es Alpokat tak sesuai bila makan nasi, sebab Es Alpokat memang dah cukup mengenyangkan. Ni tips untuk beli air Alpokat a.k.a Avocado. ;p Hehe.



0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails