Tuesday, January 2, 2018

Baby Carrier Mana Yang Sesuai Ye?

Toddler extender

Semua orang ada cerita sendiri. Kalau saya bercerita tentang baby carrier, saya dulu sebelum kahwin cuma tahu ada alat untuk dukung bayi tapi dari segi ciri keselamatan ke apa saya tak lah ambil peduli sebab tak terfikir. Sampailah masa tu saya jaga anak kawan, Aufa nama baby tu. Mama dia beli carrier Snuggbaby untuk anaknya. Lepas tu tak lama lepas tu kakak saya pula beli Snuggbaby. Tapi harganya RM300+. Aigoo. Mahal pula. Nasib masih rendah harganya dari ergo.😃 Lepas saya dah melahirkan anak punyalah lama juga saya fikir pasal carrier. Terfikir nanti nak dukung Adam tu pakai carrier mana. Maklumlah saya kena travel by aeroplane. Kalau walid keje, kenalah berdua je dengan adam naik flight. Kikiki.


Memilih Bobita
Saya memulakan pencarian di pakcik Google. Akhirnya saya terfikir, kenapa saya tak beli je carrier Made In Indonesia tapi dah diapproved pemakaiannya oleh babywearers consultant. Akhirnya saya dah senarai pendek beberapa carrier dari Indonesia macam Andrea (sayangnya yang ini Malaysian Babywearers tak approved sebab katanya webbing licin), Cuddle Me dan Bobita. Selepas buat pertimbangan dan fikir semasak-masaknya saya pilih Bobita sebab ia menggunakan kain 3D mesh yang mana ada sirkulasi udara jugalah biar baby tak panas masa digendong dan Bobita juga mempunyai buckle 3-point military concept. Ertinya kalau nak lepaskan buckle kena tekan dulu satu button kecil baru boleh lepaskan buckle. Cuma sayangnya Bobita sesuai untuk dipakai umur 7 bulan ke atas. Eh, tapi ada yang confused kat sini part umur untuk pakai SSC Gen2 Bobita ni. Ada kata umur 4 bulan, ada yang kata 7 bulan. 😅 Apa pun saya dukung Adam pakai Bobita dulu umur dia dah 8-9 bulan kot. Next baby insyaAllah nak pakai carrier Cuddle Me lite carrier sebab boleh support dari newborn dengan penggunaan infant insert. Bobita boleh pakai kalau baby dah besar. Sebab selesa sangat pakai Bobita nak dukung anak even dia dah besar.😆😉 Yang penting berat badan anak kurang dari 20 kg. Posisi dukung pun ada 4: front carry, back carry, hip carry dan front cross carry.




Kelebihan Bobita
Bobita ini salah satu kelebihan lain dia sebab nak upgrade ke toddler size cuma beli toddler extender. Dia akan tambah tampung kaki anak tu lah supaya tak tergantung. Lagi satu, Bobita boleh tukar panel cover. Nak corak abstrak ke, batik ke, macam-macam ada. Kalau beli Bobita pakej dia sekali dengan beg kantong jaring2, footstrap. Masa beli kat Malaysia dulu harga RM238 (butik Pick A Dress Bangi). Kalau harga di Indonesia Rp575ribu. Well, ada yang nak pesan ke? Kikiki. 






Sekian review Bobita saya. Cuddle Me belum cuba lagi, tunggu next baby bak kata saya. Haha. 😊😄😃 Aamiin.

0 budak comel:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails